Thursday, April 26, 2012

Kawan, kau ni kenapa ? Allah kan ada .

Bismillahirahmanirrahim . Assalamu'alaikum warahmatullah .
Tarik nafas . Satu.... Dua.... Tiga .. Fuh !

Kawan, kau tengah bersedih ke ni ?
Kenapa sedih ni ? Oo, sedih sebab ada orang tak faham kau . Tapi kau sayang orang tu eh ?
Sabar ya, ni Allah kan ada .

Kawan, kau tengah marah ke ni ?
Kenapa marah ni ? Oo, marah sebab ada orang yang buat kau sakit hati . Tapi apa ?
Tapi kau dah usaha sungguh-sungguh nak jaga hati dia, tapi dia buat lagi ?
Tabah ya, ni Allah kan ada .


Kawan, kau tengah kecewa ke ni ?
Kenapa kecewa ni ? Oo, kecewa sebab ada orang yang tak habis-habis nak paksa kau buat sesuatu yang kau tak nak buat .
Kuat ya, ni Allah kan ada .





Anis : "Sofea, aku sedih ! Aku hampa ! Aku kecewa ! Aku marah, kau tau tak ?"
Sofea : " Ya Allah, kenapa kau cakap macam tu, hah Anis ?"
Anis : "Kenapa semua orang nak paksa aku buat benda yang aku tak nak buat ? Aku tak nak, tak nak la . Apa ni ?"
Sofea : "Allahurabbi, kau ni kenapa sebenarnya ? Cuba cerita sikit ."
Anis : "Err... Aku ... Aku .."
Sofea : "Cuba kau lepaskan sikit apa yang kau pendam tu, cerita jum ."
Anis : "Orang paksa aku buat benda yang aku tak nak ."
Sofea : "Kenapa kau tak nak buat benda tu ?"
Anis : "Aku tak nak buat sebab aku tau benda tu akan jejaskan diri aku sendiri ."
Sofea : "Jejaskan diri kau sendiri ? Kenapa ?! Orang suruh kau buat benda yang Allah larang ke ?"
Anis : "Tak, bukan macam tu ... Tapi ..."

Fuhh ! Bismillah .
Kawan, cukup sampai tu la cerita di atas . Semput nak sambung fikir skrip . 
Baik aku cerita je sini ye . Insya-Allah . 
Yelah, aku kan dah cakap nak menyanyi aku tak pandai, nak menulis cerita errr, malas nak cerita, nak melukis tak pandai . 
Yang aku tau buat, menulis sesuatu yang berlaku dalam hidup aku, sekeliling aku, itu aku boleh dengan izin Allah . 
Ok, perjalanan sebuah persoalan bermula ! Bukan sebuah, mungkin berbuah-buah .

"Kawan, korang pernah rasa tak macam mana dalam hidup ni, korang ikut je cakap orang untuk buat sesuatu ? One thing, korang memang suka buat benda tu . Macam korang ni sebenarnya, 'ayam tambatan' bagi orang tu . Tapi, sampai satu tahap, korang rasa korang memang dah tak boleh nak ikut cakap orang tu . Korang rasa korang tak mampu, sakit, penat, lelah . Nak dijadikan cerita, korang ada komitmen lain yang lagi perlu untuk korang bagi perhatian . Korang dah bagitau orang tu yang korang nak stop buat benda tu, nak berhenti . Sebab korang memang tak mampu sangat-sangat dah . Dan seterusnya, bila korang cakap tak mampu, orang yang suruh korang buat benda yang korang tak nak tu pulak, marah ! Marah semarahnya, sampai tak bertegur, sampai memperbesarkan kisah tu, sampai tunjuk muka kaku masam jah kat korang . Pernah ? Pernah tak hidup dalam situasi macam ni ?
Lepas tu pulak, ramai la orang yang dapat tau yang korang tak nak buat dah, tak nak ikut dah, cakap orang tu, sedangkan korang dah bertahun-tahun ikut je cakap orang tu . Lagi satu, sebab minat korang . Tapi, ya korang ada komitmen lain yang lebih besar, lebih perlu diberi perhatian lebih daripada tu, jadi korang rasa minat tu boleh diketepikan . Macam benda yang orang tu suruh buat, bukan benda yang boleh menentukan future korang . Tapi benda yang lagi perlu diberi perhatian tu adalah satu benda yang boleh membantu korang bina kehidupan yang baik unutk masa depan .
Ya, korang tau, memang benar Allah yang menentukan segala-galanya, tapi Allah juga melihat usaha . Itu korang tau, kan ? Sebab tu la korang betul-betul nak get out from the situation yang kena suruh buat benda yang korang tak nak tu . Macam mana kawan ? Korang pernah rasa benda yang aku taip panjang berjela ni ?"

Cuba korang bayangkan korang berada dalam situasi tu, apa yang korang rasa ? Dan, apa yang korang nak buat ? AKU HARAP NANTI AKU DAPAT JAWAPAN DI RUANG KOMEN .

Aku tak tau . Tapi seriously, situasi tu buat aku tak boleh nak fikir positif . Segala benda yang masuk dalam otak aku, minda aku, nasihat ke, apa-apapun, semua benda yang aku terima, otak aku akan interpretkan sebagai satu benda yang negatif . Negatif negatif ! Aku nak positif . Allahurabbi, tolong aku !
Ya, aku tau apa tu benda yang patut aku fikir, tapi situasi ni sangat menyakitkan aku . Benda negatif dalam otak ni lagi kuat daripada yang positif . Aku sedar, lemahnya aku .
Aku tak dapat nak fokus kat satu apa sekalipun . Kena paksa buat benda yang korang tak nak, sakit kan ? Tanya diri sendiri, kawan ...

Korang pernah rasa tak, macam mana korang boleh ketawa tapi dalam masa yang sama, korang menangis ?
Atau, selepas ketawa tu, korang terus menangis ? Menangis, bukan kerana terlalu gembira, tetapi sebab korang sedih yang amat sangat .
Dan pernah rasa tak, korang ketawa sebab korang sedih ? Sedaya upaya korang nak gembirakan hati sendiri, sedaya upaya nak tenangkan diri sendiri . Tapi, air mata tetap keluar, kan ?
Aku tau, bukan aku sorang yang pernah rasa 'world goes upside down, worse inside out' ni . 
Mungkin, korang pun pernah, bukan ? Tanya diri sendiri, kawan ...
Aku manusia biasa yang sentiasa nak jadi luar biasa . Tapi, itulah aku, hamba . Yang sentiasa memerlukan Penciptanya, Allah .

Ya ... Aku tau, Allah takkan bebankan aku dengan sesuatu yang melampaui kemampuan aku .
Ya ... Aku tau, benda yang aku suka tak semestinya baik untuk aku, dan aku tau benda yang aku tak suka tak semestinya buruk untuk aku .
Ya ... Aku tau, nak dapatkan pertolongan Allah itu harusssslah dengan solat, dengan kesabaran ...
Ya ... Aku tau, setelah kesulitan ni pasti ada kemudahan ....
Ya ... Aku tau, kalau aku tunaikan hajat orang di dunia ni, Allah akan tunaikan pula hajatkan di akhirat kelak ..
Ya ... Aku tau, bila Allah datangkan benda ni kat aku, Allah akan tolong aku melaluinya .
Ya ... Aku tau, Allah datangkan ujian ni kat aku sebab nak uji keimanan aku .
Ya ... Aku tau, Allah nak bagi aku pengalaman, Allah nak bagi aku kekuatan, kesabaran .
Ya ... Aku tau, Allah nak aku sedar bahawa aku tetap akan kembali pada Dia , Allah nak aku sedar bahawa dalam apa-apa situasi sekalipun, aku harus berserah kepada Allah .
Ya ... Aku tau, Allah nak aku belajar lebih bersyukur .
Ya ... Aku tau Allah nak bagi aku rasa hakikat makna di sebalik Al-Fatihah yang aku baca hari-hari "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah, dan hanya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan ."
Ya ... Aku tau, Allah nak bagi aku perbaiki lagi rohani aku .
Ya ... Aku tau, Allah nak bagi aku ingat, hanya kepada Dia lah sepatutnya aku bergantung .
Ya ... Aku tau, Allah nak bagi aku sedar bahawa Dia la yang terbaik .
Ya ... Aku tau, Allah nak bagi aku betul-betul sedar, that people just don't understand me as well as Allah understand me .
Ya ... Aku tau itu ..

Dan sekarang, apa yang aku sendiri taip dalam entri ni buat aku sedar .
Sekarang, apa yang aku sendiri taip dalam entri ni buat aku nampak, buat aku sedar, buat aku tau, apa yang Allah nak aku sedar, nak aku tau, nak aku betul-betul faham .



  • Allah takkan bebankan aku dengan sesuatu yang melampaui kemampuan aku . 
  • Benda yang aku suka tak semestinya baik untuk aku, dan aku tau benda yang aku tak suka tak semestinya buruk untuk aku .
  • Nak dapatkan pertolongan Allah itu harusssslah dengan solat, dengan kesabaran ...
  • Setelah kesulitan ni pasti ada kemudahan ....
  • Kalau aku tunaikan hajat orang di dunia ni, Allah akan tunaikan pula hajatkan di akhirat kelak ..
  • Bila Allah datangkan benda ni kat aku, Allah akan tolong aku melaluinya .
  • Allah datangkan ujian ni kat aku sebab nak uji keimanan aku .
  • Allah nak bagi aku pengalaman, Allah nak bagi aku kekuatan, kesabaran .
  • Aku tau, Allah nak aku sedar bahawa aku tetap akan kembali pada Dia , Allah nak aku sedar bahawa dalam apa-apa situasi sekalipun, aku harus berserah kepada Allah .
  • Aku tau, Allah nak aku belajar lebih bersyukur .
  • Aku tau Allah nak bagi aku rasa hakikat makna di sebalik Al-Fatihah yang aku baca hari-hari "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah, dan hanya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan ."
  • Aku tau, Allah nak bagi aku perbaiki lagi rohani aku .
  • Aku tau, Allah nak bagi aku ingat, hanya kepada Dia lah sepatutnya aku bergantung .
  • Aku tau, Allah nak bagi aku sedar bahawa Dia la yang terbaik .
  • People just don't understand me as well as Allah understand me .
Jadi, kalau korang kecewa, hampa, marah, sedih, normal la pada mulanya korang rasa macam tak mampu nak buat apa-apa, tapi insya-Allah, if we find the way, find the light, ada keazaman nak keluar daripada situasi yang mencengkam tu, insya-Allah semuanya baik saja .


Hidup, perlu diteruskan . Betul, bukan ? Tanya diri sendiri . 
Jangan lupa, pada Allah tu ada kedamaian .
Allah ada . Untuk korang, untuk aku .
Allah ada untuk kita .
Di mana ?
Reach into your heart, and Allah is always there .
Insya-Allah .
Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah !

Catatan memori : Entri ini ditulis saat bahu rasa terbeban degan segala macam benda yang disangkakan tak mampu nak bawa . Tiada apa-apa perancangan,jemari bergerak laju menaip apa-apa sahaja yang muncul kat kepala . Alhamdulillah, akhirnya lega sendiri . Aku harap, korang macam tu jugak !

Friday, April 20, 2012

Mengapa harus dilupa Allah itu ada ?

Assalamu'alaikum warahmatullah .
First of all, aku nak kongsi ngan sahabat satu statement yang aku rasa, errr macam betul ? Hmm.. Mungkin ?
"Sedih dan menangis rasanya rasanya lebih mudah daripada senyum tetapi menangis ."
Betul, bukan ? Tanya diri sendiri .


Alright now, kita sedar kan kita semua ni manusia, kadang-kadang sedih, kadang-kadang gembira . Terkadang tersalah langkah, tersilap tingkah . Betul, bukan ? Tanya diri sendiri . Bukan apa, sebenarnya aku hanya nak kongsi satu karya aku yang aku pernah buat time langit dirasa menghempap kepala, lantai bumi terasa rapuh . Bolehlah sahabat kongsi-kongsi nanti dengan yang lain . Insya-Allah .
Basmallah sebelum membaca, ya ? Moga mendapat manfaatnya . Allahumma ameen !


Mengapa harus dilupa Allah itu ada ? - Adibah Hussin

Lagi-lagi aku alpa !
Mengapa harus dilupa bahawa Allah itu ada ?
Mengapa harsu dilupa yang Allah itulah tempat disandarkan hati ?
Mengapa harus dilupa bahawa Allah itu dekat ?
Mengapa harus dilupa bahawa Allah itu mengetahui ?
Mengapa harus lupa bahawa Allah itu melihat ?
Allah itu dekat .
Mengapa harus dilupa yang pertolongan Allah juga dekat ?
Syaratnya cuma tiga .
Usaha, itu yang pertama .
Keduanya, perlu disertakan doa .
Dan tawakal itulah yang terakhir .
Harus sedar itu, wahai hati ! 
Itulah senjata yang sebenar !
Jika terkadang kaki tersalah langkah .
Sekiranya terkadang diri tersilap tingkah .
Syarat yang tiga itu harus disertai dengan senjata juga .
Apa ? Ya, sabar .
Sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang bersabar .
Berkat kesabaran Rasulullah jugalah baginda akhirnya berjaya menegakkan panji-panji Islam di muka bumi.
Dugaan kepada baginda sangat-sangat hebat, maha hebat !
Tak cukup dengan penindasan .
Tak cukup dengan penghinaan .
Tak cukup dengan segala cara yang sekeras-kerasnya .
Tetapi juga dengan cara halus !
Ditawarkan wanita-wanita cantik .
Ditawarkan harta yang banyak, pangkat yang tinggi !
Sedangkan aku ?
Dugaan hanyalah secebis cuma .
Malah, sesuai dengan kemampuan diriku sendiri .
Ya, aku yakin, sesuai dengan kemampuanku !
La yukallifullahu nafsan illa wus'aha !
Tidaklah Allah membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya .
Mengapa aku tidak mengambil pengajaran daripada kisah kekasih Allah itu ?
Bukankah Rasulullah juga diutus untuk menjadi contoh ikutan kepadaku ?
Bukankah akhlak seindah Rasulullah itu yang harus aku terapkan dalam kehidupan ?
Dugaan baharu sedikit, aku sudah berputus asa ?
Nau'dzubillah min zalik !
Allahuakbar ! Alhamdulillah, Allah sedia membelaku .
Kenapa harus dilupa Allah itu ada ?
Kenapa harus dilupa Allah itu dekat .
Allah !
Aku akan bangkit !
Bertongkat kalimat, lailahaillallah muhammadur rasulullah !

Alhamdulillah, tamat karya . Macam mana sahabat ? Moga mendapat kesedaran, moga mendapat motivasi, dan moga mendapat inspirasi . Insya-Allah !

"When the darkness seems so strong, and you couldn't go on .To the sky raise your hand, making right what was so wrong .
You'll find the strength to carry on .Always recall, Allah never gives a burden too tall ."

Mengingatkan diri sendiri itu perlu, mengingatkan orang lain itu harussssslah ! Muhasabah diri sendiri itu perlu, mengajak orang lain bermuhasabah itu harusssslah !
Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah !

Saturday, April 14, 2012

Tau tak mak kita sweet ? :D

Assalamu'alaikum warahmatullah .
Alhamdulillah, entri pertama aku kat blog ni, ek ? Hehe . Disebabkan ni entri aku yang pertama kat sini, maka aku pun nak story, siapa orang pertama yang menjalinkan hubungan hatinya dengan aku .
Jeng jeng jeng ! Jangan la suspen, baca jah ye . 
Orang yang aku maksudkan itu bukanlah boyfriend ke, soulmate ke . Bukan ! Tidak sama sekali .
Tapi, orang yang aku maksudkan sebenar-benarnya lagi benar-benar belaka tu, adalah mak aku !
Ehh, korang mengaku tak mak korang adalah orang pertama yang menjalinkan hubungan hatinya dengan korang . Betul la kan ? She is the first one to feel your kick, kan ? Hehe . Jahat la, tendang perut mak time baby . Hehe, tapi kita mana tau . Actually kan, mak kita masa tu bukannya sakit, melainkan kebahagiaan yang tiada tara, benar-benar belaka . Alhamdulillah . Sweet kan mak kita ? Alhamdulillah . Bukan nak riak, tapi bersyukur . Insya-Allah . Kita tendang pun happy lagi .
Macam mak aku . Sweet kan ? Sayannnnnnnnnng mak ! Alhamdulillah . Bukan nak riak, tapi bersyukur . Insya-Allah .

Alright now, masuk bab serius sikit la .
Aku kan, well you know, kita manusia kadang-kadang tak dapat nak tahan perasaan kita, daripada rasa marah kat mak sendiri, kan ? Don't deny it ! Kecuali pada yang betul-betul tak pernah rasa marah kat mak dia . 
Aku pernah buat benda ni, marah kat mak . Mesti mak terasa hati kan dengan aku ? Aku .. Ya, manusia . Mungkin kesabaran aku tak cukup lagi ? Tapi alhamdulillah, disebabkan peristiwa marah aku dengan mak aku kan, sampai hari ni aku selalu nak jaga hati mak aku . Serius . 
Okay, nak story sikit . Hehe, nak berkongsi sejarah hidup . Well, ya ini tempat aku bertinta . Bukan dengan suara, tapi dengan aksara . Pengalaman itu, mendewasakan, bukan ? Insya-Allah . Moga mengambil ibrah .

Once upon a time, aku termarah kat mak . Or aku tak marah kot, cuma suara aku macam marah . Huhu, aku sendiri pun menyesal dah masa tu sebab terkasar bahasa . Dosa kan, dengan orang lain pun berdosa, apatah lagi dengan mak sendiri . Astaghfirullahal'azim ! Mohon dijauhkan daripada mengulang benda tu .
Then kan, mak jauh hati . Berhari-hari mak tak bercakap dengan aku . Jadi, aku rasa kekok . Rasa lain . Rasa pelik . Sedih . Sedih tak tau nak cakap apa . Aku rasa berdosaaaa ! Sangat !
Jadi aku try la kan, nak ambik hati mak . Hari-hari lepas Subuh aku pergi kemas rumah, hari-hari tak nak biar rumah bersepah . Tapi .... Hampa ... Mak jauh hati lagi .. Rasa, parah ? 
Hmm.. Ya, parah.. Sangat !
Sampai la suatu hari ni . Awal pagi tu kan, kepala aku serius rasa berat sangat-sangat ! Pening, rasa nak pitam . Loya, aku muntah . Segala isu perut tersembur keluar .Allahurabbi ! Apa aku nak buat time tu pun aku dah tak dapat fikir . Stucked, kepala tak dapat pusing . 
Nak dijadikan cerita, hari tu mak pergi Sibu . So mak pergi la, lepas tu aku pergi mengadu kat kakak aku . "Kakak, adik demam." Kakak pulak terus telefon kat mak cakap yang aku ni demam . Tapi aku tak tau mak cakap apa kat kakak, tapi yang aku tau, datang jah dari Sibu petang tu, Mak masuk bilik aku .
Tau mak buat apa ?
Mak bangunkan aku . Mak masak bubur untuk aku, mak suruh aku makan . Mak bagi aku air . Mak sapu minyak kat badan aku . Letak tuala basah kat kepala aku . Mak siap panggil tukang urut untuk buang angin dalam badan aku .
A simple question, mana pergi marah mak kat aku berhari-hari tu ?
Serius, masa tu i was touched ! Still am . Mak dah tak ungkit-ungkit benda tu . Sabar kan mak aku ? Sweet kan mak aku ?
Mak korang macam mana, aku sure la . Mak korang pun sweet jugak ! Biiznillah .
Mak jaga aku, sampai aku sembuh . Sweet kan mak ? Alhamdulillah . Bukan nak riak, tapi bersyukur . Insya-Allah .

Next . Dalam bulan Mac dan April 2012 ni, aku selalu sangat sakit . Demam, sakit tekak, selesema, batuk, sakit dada, gastrik, migrain, period pain, dan lagi satu, eksiden ! Tapi alhamdulillah, moga menjadi penghapus dosa . Allahumma ameen .
Masa aku sakit tu kan ... Siapa yang jaga aku, korang tau ?
Jawapannya, mak aku !
Mak bagi aku makan, mak jaga makan minum aku. Siap mak bawak makanan masuk bilik aku lagi . Mak tak bagi aku berjalan, sebab kaki aku luka dan bengkak lepas eksiden tu . Masa period pain, aku sakit tak boleh nak bangun tau . Mak bawak aku jumpa doktor pakar sakit puan . Mak korbankan dia punya masa dan duit, untuk aku . Mak mana yang tak sayangkan anak, kan ? Sweet kan mak aku ? Alhamdulillah . Bukan nak riak, tapi bersyukur . Insya-Allah .
Sedangkan aku tau, aku dengar, mak bagitau time tu, dia tengah tak berduit sangat . Tapi mak bawak jugak aku jumpa specialist . Bayar, bukan guna daun, kan ?
Sweet kan mak aku ? Alhamdulillah . Bukan nak riak, tapi bersyukur . Insya-Allah .
Bulan lepas jugak, aku menang pertandingan bahas peringkat negeri, alhamdulillah . Bila aku sampai rumah, mak bagi aku hadiah . Allahurabbi ! Seronoknya ! Hadiah mak tu, dua buku . Buku tu 25 Tanda Hampirnya Kiamat dan Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat . Alhamdulillah . Sweet kan mak, bagi aku baca buku yang mengisi jiwa ? Sweet, jangan kata tak sweet . Hehe . Alhamdulillah . Bukan nak riak, tapi bersyukur . Insya-Allah .

Baik, mesti mak korang sweet macam mak aku, kan ? Mesti mak korang jugak yang jaga korang time korang sakit kan, sahabat ? Mesti kalau korang balik rumah, mak korang masak sedap-sedap, kan ? Alhamdulillah .
Moga kita pun sama sweetnya dengan mak kita . Insya-Allah .
Atau, lagi sweet ? Hehe . Insya-Allah .
Aku sayang mak aku, serius ! Korang sayang tak mak korang ? I bet your answer is a big yes ! 
Mak selalu maafkan aku kalau aku buat salah . Mak selalu ajarkan aku kalau aku buat benda tak betul . Mak selalu ingatkan aku kalau aku lupa . Kadang-kadang, aku jadi tempat mak meluah rasa . 
Semakin banyak benda yang aku lalui dengan mak aku, aku rasa sangat rapat . Sangat sayang, sangat suka dan selesa . Mak aku, sweet kan ? Alhamdulillah . Bukan nak riak, tapi bersyukur . Insya-Allah .


Sahabat, korang doakan mak aku tau ! Semoga korang bahagia dengan mak korang ! Allahumma amin . 
Mungkin blog aku yang ni, dia punya bahasa lagi simple kot berbanding lagi dua blog aku yang lain ? Hehe, kenapa ? Ada sebabnya . Insya-Allah nanti aku cerita . 
Sebenarnya banyak lagi yang aku nak kongsikan betapa sweetnya seorang ibu ni, insya-Allah nanti ya ! Hehe . 

Ibu, ibu ! 
Engkaulah ratu hatiku !
Ingin aku berbakti padamu !
Oh ibuku, kerna syurgaku di telapak kakimu !
Uhibbukifillah abadan abada, insya-Allah !

catatan memori : Alhamdulillah . Dah siap satu entri untuk tatapan sendiri, ataupun ada juga yang sudi nak baca ? Hehe . Entri ni, aku tulis, ada tiga sebab . Sebab pertama, mak aku sweet . Alhamdulillah . Bukan nak riak, tapi bersyukur . Insya-Allah . Sebab kedua, mak aku sangat sweet . Alhamdulillah . Bukan nak riak, tapi bersyukur . Insya-Allah . Sebab ketiga,  mak aku sweet sangat-sangat ! Alhamdulillah . Bukan nak riak, tapi bersyukur . Insya-Allah . Hehe . Aku asyik nak fikirkan mak aku je sekarang . Aku sayangggg mak ! Korang sayang ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...