Thursday, April 26, 2012

Kawan, kau ni kenapa ? Allah kan ada .

Bismillahirahmanirrahim . Assalamu'alaikum warahmatullah .
Tarik nafas . Satu.... Dua.... Tiga .. Fuh !

Kawan, kau tengah bersedih ke ni ?
Kenapa sedih ni ? Oo, sedih sebab ada orang tak faham kau . Tapi kau sayang orang tu eh ?
Sabar ya, ni Allah kan ada .

Kawan, kau tengah marah ke ni ?
Kenapa marah ni ? Oo, marah sebab ada orang yang buat kau sakit hati . Tapi apa ?
Tapi kau dah usaha sungguh-sungguh nak jaga hati dia, tapi dia buat lagi ?
Tabah ya, ni Allah kan ada .


Kawan, kau tengah kecewa ke ni ?
Kenapa kecewa ni ? Oo, kecewa sebab ada orang yang tak habis-habis nak paksa kau buat sesuatu yang kau tak nak buat .
Kuat ya, ni Allah kan ada .





Anis : "Sofea, aku sedih ! Aku hampa ! Aku kecewa ! Aku marah, kau tau tak ?"
Sofea : " Ya Allah, kenapa kau cakap macam tu, hah Anis ?"
Anis : "Kenapa semua orang nak paksa aku buat benda yang aku tak nak buat ? Aku tak nak, tak nak la . Apa ni ?"
Sofea : "Allahurabbi, kau ni kenapa sebenarnya ? Cuba cerita sikit ."
Anis : "Err... Aku ... Aku .."
Sofea : "Cuba kau lepaskan sikit apa yang kau pendam tu, cerita jum ."
Anis : "Orang paksa aku buat benda yang aku tak nak ."
Sofea : "Kenapa kau tak nak buat benda tu ?"
Anis : "Aku tak nak buat sebab aku tau benda tu akan jejaskan diri aku sendiri ."
Sofea : "Jejaskan diri kau sendiri ? Kenapa ?! Orang suruh kau buat benda yang Allah larang ke ?"
Anis : "Tak, bukan macam tu ... Tapi ..."

Fuhh ! Bismillah .
Kawan, cukup sampai tu la cerita di atas . Semput nak sambung fikir skrip . 
Baik aku cerita je sini ye . Insya-Allah . 
Yelah, aku kan dah cakap nak menyanyi aku tak pandai, nak menulis cerita errr, malas nak cerita, nak melukis tak pandai . 
Yang aku tau buat, menulis sesuatu yang berlaku dalam hidup aku, sekeliling aku, itu aku boleh dengan izin Allah . 
Ok, perjalanan sebuah persoalan bermula ! Bukan sebuah, mungkin berbuah-buah .

"Kawan, korang pernah rasa tak macam mana dalam hidup ni, korang ikut je cakap orang untuk buat sesuatu ? One thing, korang memang suka buat benda tu . Macam korang ni sebenarnya, 'ayam tambatan' bagi orang tu . Tapi, sampai satu tahap, korang rasa korang memang dah tak boleh nak ikut cakap orang tu . Korang rasa korang tak mampu, sakit, penat, lelah . Nak dijadikan cerita, korang ada komitmen lain yang lagi perlu untuk korang bagi perhatian . Korang dah bagitau orang tu yang korang nak stop buat benda tu, nak berhenti . Sebab korang memang tak mampu sangat-sangat dah . Dan seterusnya, bila korang cakap tak mampu, orang yang suruh korang buat benda yang korang tak nak tu pulak, marah ! Marah semarahnya, sampai tak bertegur, sampai memperbesarkan kisah tu, sampai tunjuk muka kaku masam jah kat korang . Pernah ? Pernah tak hidup dalam situasi macam ni ?
Lepas tu pulak, ramai la orang yang dapat tau yang korang tak nak buat dah, tak nak ikut dah, cakap orang tu, sedangkan korang dah bertahun-tahun ikut je cakap orang tu . Lagi satu, sebab minat korang . Tapi, ya korang ada komitmen lain yang lebih besar, lebih perlu diberi perhatian lebih daripada tu, jadi korang rasa minat tu boleh diketepikan . Macam benda yang orang tu suruh buat, bukan benda yang boleh menentukan future korang . Tapi benda yang lagi perlu diberi perhatian tu adalah satu benda yang boleh membantu korang bina kehidupan yang baik unutk masa depan .
Ya, korang tau, memang benar Allah yang menentukan segala-galanya, tapi Allah juga melihat usaha . Itu korang tau, kan ? Sebab tu la korang betul-betul nak get out from the situation yang kena suruh buat benda yang korang tak nak tu . Macam mana kawan ? Korang pernah rasa benda yang aku taip panjang berjela ni ?"

Cuba korang bayangkan korang berada dalam situasi tu, apa yang korang rasa ? Dan, apa yang korang nak buat ? AKU HARAP NANTI AKU DAPAT JAWAPAN DI RUANG KOMEN .

Aku tak tau . Tapi seriously, situasi tu buat aku tak boleh nak fikir positif . Segala benda yang masuk dalam otak aku, minda aku, nasihat ke, apa-apapun, semua benda yang aku terima, otak aku akan interpretkan sebagai satu benda yang negatif . Negatif negatif ! Aku nak positif . Allahurabbi, tolong aku !
Ya, aku tau apa tu benda yang patut aku fikir, tapi situasi ni sangat menyakitkan aku . Benda negatif dalam otak ni lagi kuat daripada yang positif . Aku sedar, lemahnya aku .
Aku tak dapat nak fokus kat satu apa sekalipun . Kena paksa buat benda yang korang tak nak, sakit kan ? Tanya diri sendiri, kawan ...

Korang pernah rasa tak, macam mana korang boleh ketawa tapi dalam masa yang sama, korang menangis ?
Atau, selepas ketawa tu, korang terus menangis ? Menangis, bukan kerana terlalu gembira, tetapi sebab korang sedih yang amat sangat .
Dan pernah rasa tak, korang ketawa sebab korang sedih ? Sedaya upaya korang nak gembirakan hati sendiri, sedaya upaya nak tenangkan diri sendiri . Tapi, air mata tetap keluar, kan ?
Aku tau, bukan aku sorang yang pernah rasa 'world goes upside down, worse inside out' ni . 
Mungkin, korang pun pernah, bukan ? Tanya diri sendiri, kawan ...
Aku manusia biasa yang sentiasa nak jadi luar biasa . Tapi, itulah aku, hamba . Yang sentiasa memerlukan Penciptanya, Allah .

Ya ... Aku tau, Allah takkan bebankan aku dengan sesuatu yang melampaui kemampuan aku .
Ya ... Aku tau, benda yang aku suka tak semestinya baik untuk aku, dan aku tau benda yang aku tak suka tak semestinya buruk untuk aku .
Ya ... Aku tau, nak dapatkan pertolongan Allah itu harusssslah dengan solat, dengan kesabaran ...
Ya ... Aku tau, setelah kesulitan ni pasti ada kemudahan ....
Ya ... Aku tau, kalau aku tunaikan hajat orang di dunia ni, Allah akan tunaikan pula hajatkan di akhirat kelak ..
Ya ... Aku tau, bila Allah datangkan benda ni kat aku, Allah akan tolong aku melaluinya .
Ya ... Aku tau, Allah datangkan ujian ni kat aku sebab nak uji keimanan aku .
Ya ... Aku tau, Allah nak bagi aku pengalaman, Allah nak bagi aku kekuatan, kesabaran .
Ya ... Aku tau, Allah nak aku sedar bahawa aku tetap akan kembali pada Dia , Allah nak aku sedar bahawa dalam apa-apa situasi sekalipun, aku harus berserah kepada Allah .
Ya ... Aku tau, Allah nak aku belajar lebih bersyukur .
Ya ... Aku tau Allah nak bagi aku rasa hakikat makna di sebalik Al-Fatihah yang aku baca hari-hari "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah, dan hanya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan ."
Ya ... Aku tau, Allah nak bagi aku perbaiki lagi rohani aku .
Ya ... Aku tau, Allah nak bagi aku ingat, hanya kepada Dia lah sepatutnya aku bergantung .
Ya ... Aku tau, Allah nak bagi aku sedar bahawa Dia la yang terbaik .
Ya ... Aku tau, Allah nak bagi aku betul-betul sedar, that people just don't understand me as well as Allah understand me .
Ya ... Aku tau itu ..

Dan sekarang, apa yang aku sendiri taip dalam entri ni buat aku sedar .
Sekarang, apa yang aku sendiri taip dalam entri ni buat aku nampak, buat aku sedar, buat aku tau, apa yang Allah nak aku sedar, nak aku tau, nak aku betul-betul faham .



  • Allah takkan bebankan aku dengan sesuatu yang melampaui kemampuan aku . 
  • Benda yang aku suka tak semestinya baik untuk aku, dan aku tau benda yang aku tak suka tak semestinya buruk untuk aku .
  • Nak dapatkan pertolongan Allah itu harusssslah dengan solat, dengan kesabaran ...
  • Setelah kesulitan ni pasti ada kemudahan ....
  • Kalau aku tunaikan hajat orang di dunia ni, Allah akan tunaikan pula hajatkan di akhirat kelak ..
  • Bila Allah datangkan benda ni kat aku, Allah akan tolong aku melaluinya .
  • Allah datangkan ujian ni kat aku sebab nak uji keimanan aku .
  • Allah nak bagi aku pengalaman, Allah nak bagi aku kekuatan, kesabaran .
  • Aku tau, Allah nak aku sedar bahawa aku tetap akan kembali pada Dia , Allah nak aku sedar bahawa dalam apa-apa situasi sekalipun, aku harus berserah kepada Allah .
  • Aku tau, Allah nak aku belajar lebih bersyukur .
  • Aku tau Allah nak bagi aku rasa hakikat makna di sebalik Al-Fatihah yang aku baca hari-hari "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah, dan hanya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan ."
  • Aku tau, Allah nak bagi aku perbaiki lagi rohani aku .
  • Aku tau, Allah nak bagi aku ingat, hanya kepada Dia lah sepatutnya aku bergantung .
  • Aku tau, Allah nak bagi aku sedar bahawa Dia la yang terbaik .
  • People just don't understand me as well as Allah understand me .
Jadi, kalau korang kecewa, hampa, marah, sedih, normal la pada mulanya korang rasa macam tak mampu nak buat apa-apa, tapi insya-Allah, if we find the way, find the light, ada keazaman nak keluar daripada situasi yang mencengkam tu, insya-Allah semuanya baik saja .


Hidup, perlu diteruskan . Betul, bukan ? Tanya diri sendiri . 
Jangan lupa, pada Allah tu ada kedamaian .
Allah ada . Untuk korang, untuk aku .
Allah ada untuk kita .
Di mana ?
Reach into your heart, and Allah is always there .
Insya-Allah .
Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah !

Catatan memori : Entri ini ditulis saat bahu rasa terbeban degan segala macam benda yang disangkakan tak mampu nak bawa . Tiada apa-apa perancangan,jemari bergerak laju menaip apa-apa sahaja yang muncul kat kepala . Alhamdulillah, akhirnya lega sendiri . Aku harap, korang macam tu jugak !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...